Astana Idaman

Astana Idaman merupakan sebuah drama Melayu yang ditayangkan di Astro Ria sekitar tahun 2001 hingga 2008. Ditayangkan sebanyak 3 musim, drama ini mengikut acuan drama lipur lara dari Amerika.Astana Idaman merupakan siri drama pertama Malaysia yang diterbitkan oleh tiga syarikat berbeza untuk setiap musimnya iaitu Antah UTV (musim pertama), Small Fries Pictures (Astana Idaman 2) dan Nusantara Seni Karya (Astana Idaman 3). Sepanjang siri ini ke udara sebanyak 3 musim, hanya sebanyak 4 watak yang kekal di dalam semua musim iaitu Maria Firdaus (Maria Farida), Mikhail Firdaus (Zack X-Factor), Sarafina Mahzan (Cheryl Samad) dan Datuk Mansoor (Datuk Jalaluddin Hassan).Bagi musim kedua dan ketiga, lagu 'Bukan itu Bukan ini' yang dipopularkan oleh Zainal Alam Kadir dan Kumpulan Sutera menjadi lagu tema bagi siri ini.